Tuesday, 24 July 2012

Seaferer dan Ramadan

Salam Ramadan Al- Mubarak


Rindu rasanya nak berbuka puasa dengan rakan2 SMK(A) dan ASIS . .Namun kini semuanya hanya tinggal kenangan yg tidak mungkin ku lupakan :)


Alhamdulillah ,tahun ni dapat berpuasa dengan Family puas2 . .Biasanya sebelum ne jumaat dan sabtu malam  sahaja peluang yang diberi . .Setelah 5tahun hidupku di asrama ALL BOYS , seminggu berpuasa bersama mak dan ayah sangat bermakna bagiku


Mungkin ini adalah tahun dimana Puasa dan Raya ter`Akhirku bersama keluarga yang tercinta. .Julai tahun hadapan sudah mula berlayar ke Overseas


Hmmm. .


Kita akan rasa kehilangannya setelah benda itu tiada dihadapan mata kan?


Semuanya mengenai pengorbanan. .we need to sacrifice our happiness and enjoyable to get or achive something in the future


Tawaran ke IPTA Universiti Islam Antarabangsa(UIA) dalam jurusan Asasi Kejuruteraan terpaksa ku lepaskan dengan hati yang terbuka. .  


Apalah sangat setakat pengorbanan aku yang aku ambil dengan memilih ke Akademi Laut Malaysia (ALAM) berbanding dengan didikan agama,wang ringgit,kasih sayang dan nyawa yg diberi oleh mak dan ayah aku


Gembira hatiku bila mak ayah tersenyum bangga dengan pilihanku ke ALAM , kerana itulah yang mereka harapkan walaupun tidak pernah sesekali mengatur haluan hidupku


Hidup di laut sudah semestinya sukar dan penuh dengan cabaran . .Sukar jua untuk menjejakkan kaki ke daratan. .


Mak Ayah . .tahun ni mungkin tahun last kita dapat bersahur,berpuasa dan beraya bersama-sama


Seandai satu hari nanti Akir x dapat pulang semasa mak ayah perlukan dan dalam musibah. .Maafkanlah anak ini :'(
~May Allah Bless both of you mum and dad ~
                                                                           
     

Monday, 23 July 2012

Wahai Lelaki .. . .Ketahuilah kamu akan kebenaran

~PESANAN BUAT LELAKI~


Ada satu pesanan penting yang saya nak bagitau pada lelaki. Yang saya kira sangat-sangat penting.


Tolong jangan puji kecantikan seseorang wanita itu di hadapannya. Hatta, jangan puji apa-apapun berkaitan dengan diri seseorang wanita itu di hadapannya.
...
Tambah-tambah, jangan puji jika kamu menyukainya.


Kecuali dengan satu syarat,


Jika wanita itu isteri kamu, maka pujilah tanpa henti.


Tapi, jika tidak, JANGAN PUJI.


Kenapa?


Kerana wanita itu SANGAT LEMAH dengan pujian.


Saya mohon, jangan rapuhkan hati seorang wanita dengan pujian.


Pujian itu menghancurkan.


Membunuh kekentalan hati seorang wanita.


Jika tak tahan sangat nak puji, pujilah depan orang lain. Jangan sampai dia tahu kamu sedang memujinya.


Tolong ya.


Wanita itu halus hatinya. Percikan pujian mampu membunga rasa, jiwa makin terjentik bila Syaitan membisik bersama.
Kasihanilah wanita. :')
#copy paste






Dan sentiasalah berwaspada pada zina hati , lisan dan mata . . kerana zina ini yg paling sukar untuk kita sedari namun tekah kita lakukan. .




Simpanlah dan jagalah hatimu untuk seseorang yg bergelar isteri ataupun suami . .janganlah membiarkan seseorang yg bukan muhrim menyentuh dan melihatmu . .walaupun hanya wajahmu di laman sosial seperti Facebook mahupun Twitter . . Tidak mengapa jika kita cuba melawan perasaan ingin bercinta dan dahagakan kasih sayang dari seseorang di usia muda ini . .Janji Allah itu benar , sentiasalah bermohon kepadanya agar dikurniakan seorang lelaki/isteri yg soleh dan solehah serta dikurniakan zuriat yg baik Kerana perjalanan kita diusia muda ini masih panjang dan pelbagai dugaan serta cabaran perlu kita hadapi, sewaktu muda ini janganlah kamu terleka dan membuang masa dengan hanyut didalam alam percintaan yg tidak pasti titiknya. .Sebaliknya gunakanlah masa ini untuk meningkatkan ilmu agama serta menajamkan ilmu dunia . .Capaikanlah cita2 dan impian kedua ibu bapamu Bahagikan masa hidup ini dengan sebaiknya. . kita akan merasai hidup single hanya sementara ,nikmatilah masa yang berharga ini dengan sebaiknya. .Sebelum melayari bahtera rumah tangga yang akan kekal sehingga ke syurga . .InsyaaALLAH